top of page

DUIT KWSP KENA FARAID KE?

  • Writer: aqilahannisa co
    aqilahannisa co
  • Mar 22, 2023
  • 1 min read

Sepanjang kerjaya saya sebagai peguam ini, inilah soalan yang paling sering dipanjangkan. Lebih- lebih lagi bila berlakunya kematian kenalan dan juga keluarga bekas client saya. Selain mengkhabarkan berita kematian, akan ada sahaja yang berteleku soal jawab tentang pembahagian faraid, prosedur dan sebagainya.


“Jadi kenapa pula arwah suami saya jadikan saya Penama Puan? Maksudnya duit KWSP tu dapat dekat saya lah kan?


Dalam dilemma kematian suami tercinta, dan keperluan wang untuk diri dan anak- anak, kadang- kadang soalan sebegini banyak di asak kepada pihak peguam.


Benar Puan adalah Penama untuk menguruskan wang tersebut. Namun hukum tetap sama ya, duit KWSP suami Puan juga adalah sebahagian harta arwah yang jatuh dalam kategori faraid. Malah antara harta- harta seperti Rumah, Tanah, Saham, ternakan dan barang kemas juga adalah antara harta yang boleh difaraidkan ya.


Jadi duduklah berbincang dengan ahli keluarga bagaimana hendak diberikan kepada yang hak. Bukan peguam suruh Tuan/Puan buat- buat rakus harta ya, bak kata orang Melayu kubur masih merah sudah mahu merebut harta. Namun hakikatnya inilah masa yang sesuai dimana ahli keluarga adik beradik anak- anak semua ada di dalam satu rumah apatah lagi kes- kes pembahagian ini selalunya memakan masa yang lama di jabatan- jabatan kerajaan apabila difailkan.


Lain kali kita sembang pula soal siapa yang berhak ya…


Salam ilmu daripada Peguam ini.

Nur Annisa Isa.

Comments


bottom of page