top of page

CARA CLAIM GANTIRUGI AKIBAT KEMALANGAN

  • Writer: aqilahannisa co
    aqilahannisa co
  • Mar 22, 2023
  • 2 min read

Apa nak buat kalau anda terlibat dalam kemalangan? Lebih-lebih lagi sekiranya anda cedera akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada kecuaian orang lain. Mesti meradang bukan? Sabar.. berikut adalah kaedah yang boleh digunapakai:



Gambar : Ihsan Google

  1. Biasanya polis (pegawai penyiasat trafik) akan tentukan siapakah yang bersalah dan siapakah yang patut disaman kerana menyebabkan kemalangan.

  2. Sekiranya polis sudahpun menyaman pihak yang bersalah dalam menyebabkan kemalangan, anda sudah boleh mencari peguam yang boleh mengendalikan kes tuntutan gantirugi kemalangan untuk menyaman pihak yang bersalah.

  3. Bagaimana nak pilih peguam yang sesuai? Pastikan anda menggunakan khidmat peguam yang berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes tuntutan gantirugi akibat kemalangan. Anda boleh membuat research di internet melalui website mahupun menyemak dengan Majlis Peguam di setiap Negeri (tempat kemalangan berlaku) seperti Kuala Lumpur Bar, Selangor Bar, Perak Bar etc. Ada juga kemungkinan anda akan dicadangkan untuk menggunakan khidmat beberapa orang peguam yang tidak anda kenali daripada kenalan anda, namun pilihan adalah di tangan anda untuk membuat research dahulu mengenai peguam tersebut. Pastikan peguam tersebut berpengalaman dan paling penting mempunyai sijil amalan guaman daripada Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar).

  4. Dah pilih peguam? Yes! Boleh terus hubungi peguam untuk mendapatkan khidmat guaman bagi kes tuntutan anda. Anda boleh menuntut gantirugi bagi kecederaan dan kerugian yang anda alami akibat kemalangan tersebut. Biasanya peguam akan memastikan terlebih dahulu samada pihak yang bersalah mempunyai roadtax insurance yang masih hidup semasa kemalangan berlaku sebelum memulakan prosidur tuntutan. Hal ini penting kerana peguam akan menuntut gantirugi tersebut daripada syarikat tanggungan insurans pihak yang bersalah untuk membayar gantirugi tersebut kepada anda.


*P/s : Ada saksi masa kemalangan tak? Jangan lupa buat baik dengan dia hihi


Semoga perkongsian kali ini memberi penjelasan yang bermanfaat kepada semua pembaca! Hati-hati di jalan raya! Sekian kata dari peguam,

Nur Aqilah binti Zainal Abidin

Comments


bottom of page