MENGAPA TUNTUTAN KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN DI MAHKAMAH MEMAKAN MASA?
- aqilahannisa co
- Mar 12, 2023
- 3 min read
"DAH 3 BULAN SAYA ACCIDENT TAPI TAKDA PANGGIL MAHKMAMAH PUN? LAWYER TAK BUAT KERJA KE?" -Pakcik Mail. Bukan Pakcik Mail (bukan nama sebenar) sahaja yang merungut begini.

Saya percaya perkara ini selalu berlaku kepada mangsa kemalangan dan persoalan yang sama sering dipersoalkan. Pusing punya pusing, last-last lawyer juga yang tak buat kerja. Saya nak pesan ni, siapa baca dialah yang paling untung hari ini.
Perkongsian saya pada hari ini adalah untuk berkongsi ilmu kepada sesiapa yang rela hati dan suka hati untuk menambah ilmu supaya bila perkara di atas berlaku, anda semua mempunyai ilmu tentang mengapa tuntutan bagi kes kemalangan jalanraya makan masa sebegitu lama.
Tujuannya bukan setakat untuk menyebarkan kesedaran malah untuk mengelakkan kita daripada emosi tiba-tiba lalu cepat melatah.
Baik, sebenarnya bukanlah semua tuntutan kemalangan makan masa begitu panjang. Ada saja yang dalam masa 3 bulan dah dipanggil Mahkamah. Ada juga selepas 6 bulan barulah peguam dapat memfailkan kes tersebut di Mahkamah.
Ada pula yang nak dekat setahun file masih tersadai di pejabat dan tak dapat failkan saman pun lagi. Aik, kenapa pulak jadi begitu?
Suka saya terangkan di sini, peguam mempunyai pilihan sama ada memfailkan tuntutan di Mahkamah sebelum selesai mendapatkan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak tertentu ATAU dapatkan dahulu kesemua dokumen yang diperlukan daripada semua pihak kemudian baru file kan saman di Mahkamah.
Saya akan pilih cara yg kedua. Mengapa? Supaya, apabila kesemua dokumen berkaitan kes anakguam saya lengkap, maka inshaa Allah selalunya kes yang dibuka di Mahkamah akan berjalan lebih mudah, cepat dan lancar. Lagi sekali, kenapa pulak begitu?
Baik, bagi tuntutan kemalangan jalanraya, peguam Plaintif (orang yang menuntut) harus mendapatkan beberapa dokumen untuk membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian.
Bagi mendapatkan kesemua dokumen sehingga lengkap, peguam harus membuat permohonan mendapatkan dokumen daripada beberapa pihak-pihak tertentu. Jom kita lihat apakah dokumen yang diperlukan drpd pihak-pihak tertentu tersebut:
1. Laporan polis, Rajah Kasar & Kunci, Keputusan Siasatan Kes (dipohon daripada IPD)
2. Keputusan Carian JPJ bagi nombor kenderaan Defendan/terlibat (dipohon di JPJ) *saya akan terangkan apa pentingnya dokumen ini dalam entri akan datang, inshaa Allah.
3. Surat Pengesahan daripada pihak insurans Defendan yang mengesahkan tanggungan insurans pada masa kemalangan berlaku.
4. Laporan-laporan perubatan Plaintif di Hospital daripada semua Jabatan yang terlibat -Sekiranya ada pembetulan/klarifikasi, harus memohon laporan klarifikasi tambahan daripada Jabatan Hospital tersebut .
5. Sekiranya Plaintif tidak dapat bekerja dan kehilangan pendapatan akibat kemalangan, surat pengesahan dari majikan dan slip gaji 6 bulan harus dipohon.
6. Sekiranya terdapat kerosakan pada kenderaan akibat kemalangan lalu menyebabkan kenderaan harus dibaiki di bengkel, resit bayaran daripada bengkel harus dipohon.
7. Tambahan:- Sekiranya kecederaan akibat kemalangan menyebabkan Plaintif perlu mendapatkan konsultasi doktor pakar, laporan perubatan pakar harus dipohon. Begitu juga sekiranya Plaintif perlu memakai sebarang alat orthosis/prostesis ie insole kasut, kaki palsu, dsb, laporan daripada pakar ortosis/prostesis bersama resit/invoice perlu dipohon.
Di atas adalah antara dokumen-dokumen yang perlu peguam pohon daripada beberapa pihak.
Bolehlah tuan/puan kira berapa dokumen dan berapa pihak kemudian anggarkan berapa lama masa bagi pihak-pihak tersebut siapkan dokumen untuk peguam.
The ugly truth is, kalau sektor swasta pun boleh lewat dalam menyiapkan dokumen inikan pula untuk dapatkan dokumen daripada jabatan kerajaan.
Kami peguam hanya boleh selalu follow up pihak-pihak tersebut dengan harapan dapat menyegerakan mereka dalam menyiapkan dokumen. Bukan nak kata apa, memang semua dokumen tersebut ada caj tertentu tapi, itu tidak menjamin masa yang diperlukan mereka utk siapkan dokumen tersebut akan menjadi singkat.
Bagi kes kemalangan dengan tuntutan cedera ringan, sekiranya dokumen-dokumen dpt dilengkapkan dalam waktu singkat, ada kemungkinan bahawa tuntutan tersebut boleh diselesaikan dgn pihak insurans Defendan di luar Mahkamah mahupun untuk diselesaikan melalui saman di Mahkamah.
Boleh kata, akan jadi sedikit singkat sekiranya tiada isu berbangkit di Mahkamah. Provided kes tuntutan Plaintif adalah 100% di pihaknya. Saya akan kupaskan isu ini di entri lain, inshaa Allah.
Bagi kes-kes melibatkan kecederaan seperti patah tulang selalunya masa paling singkat utk saya dapatkan kesemua dokumen adalah 6 bulan. Tapi itu yg paling singkat saya pernah dapat.
Ada kes tuntutan yang melibatkan kecederaan kepala yang serius sehingga koma, masa yg diperlukan dalam mendapatkan kesemua dokumen ada yang sampai setahun lebih. Sabar jelah.
Kita bekerja dengan manusia. Bukan mesin bak kata mereka. Dan suka saya katakan, peguam juga manusia. Bukan mesin ataupun robot.
Tujuan saya menulis bukanlah untuk menyebelahi peguam-peguam yang sentiasa lewat dalam menjalankan tugas, tapi untuk saya share ilmu bagaimana perjalanan kes tuntutan kecederaan kemalangan jalanraya berjalan.
Bolehlah kongsikan dgn tekan butang share untuk tambah pahala dan panjangkan ilmu kepada warga facebook memandangkan perkongsian ini perkongsian ilmiah.
Akhirul kalam.. siapa baca, dia untung! Inshaa Allah, semoga bermanfaat.
Sekian kata daripada peguam, Nur Aqilah binti Zainal Abidin



Comments